Mendedahkan
punca sebenar rusuhan 13 Mei
"Ketika
orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di
Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.
"Pada
jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di
persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan
dan rumah kedai orang Cina dibakar.
"Pekedai
Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan
kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai parang, kayu,
batang besi dan botol
"Apabila
kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas.
Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah
dipecahkan atau dibakar
"Polis
tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang
membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan
Regimen Askar Melayu beredar dari situ"
(Petikan
daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa
yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas
sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk
Harun Idris lewat petang hari berkenaan).
Sudah
hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
Bagaimanapun,
apakah yang mencetuskan rusuhan paling buruk dalam sejarah 50 tahun Malaysia,
yang mengorbankan 196 nyawa (mengikut rekod rasmi), masih menjadi rahsia, dan
sehingga ini terdapat pelbagai versi mengenainya.
'Versi
rasmi' menyebut rusuhan tersebut berpunca daripada tindakan provokasi penyokong
pembangkang yang didominasi kaum Cina, yang merayakan kejayaan mereka dalam
pilihanraya umum yang menyaksikan Parti Perikatan kalah teruk.
'Semuanya
karut'
Bagaimanapun,
pihak pembangkang telah menyangkal kebenaran versi tersebut. Terdapat
teori-teori lain yang mendakwa rusuhan itu telah dirancang untuk menggulingkan
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Kekurangan
maklumat awam mengenainya menjadi batu penghalang bagi mereka yang ingin
mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku. Tetapi satu set dokumen yang baru
dideklasifikasikan di London, telah membuka peluang kepada ahli sosiologi, Dr
Kua Kia Soong untuk mencari kebenarannya.
Pada akhir
tahun lalu, Pengetua Kolej New Era itu telah mengambil cuti belajar selama tiga
bulan untuk meneliti rekod dan dokumen di Pejabat Rekod Awam di London mengenai
tragedi 13 Mei yang telah dideklasifikasikan selepas luputnya tempoh 30 tahun
dokumen berkenaan dideklasifikasi sebagai rahsia.
Hasil
kajiannya ke atas dokumen yang dideklafisikasikan itu yang telah dikompilasikan
dalam buku terbaru Dr Kua yang akan dilancarkan Ahad ini mendapati rusuhan 13
Mei itu bukanlah berpunca daripada keganasan kaum, sepertimana yang telah
digambar kepada rakyat Malaysia.
"Sejarah
(rasmi peristiwa) 13 Mei penuh dengan karut-marut, ia tidak mendedahkan
apa-apa. Ia meletakkan kesalahan itu ke atas parti pembangkang yang sebenarnya
tidak benar, mereka bukan menjadi puncanya," kata Dr Kua kepada
malaysiakini dalam satu temubual baru-baru ini.
"Buku
saya itu menunjukkan bahawa pihak yang bertanggungjawab adalah golongan
kapitalis (dalam Umno), elemen-elemen dalaman yang merancang dan melaksanakan
pelan ini. Ada rancangannya berdasarkan kepada mereka yang berkumpul di
kediaman menteri besar (Selangor).
"Terdapat
dokumen dan laporan risikan yang menunjukkan perkara itu. Sejarah rasmi perlu
mendedahkan kebenaran dan bukannya meletakkan kesalahan kepada setiap orang
yang sepatutnya tidak harus dipersalahkan," kata aktivis sosial dan
pendidikan itu.
Dr Kua
menegaskan bahawa peristiwa 13 Mei merupakan satu 'coup d'etat' atau rampasan
kuasa terhadap Tunku oleh golongan kapitalis Melayu yang muncul ketika itu yang
disokong oleh polis dan tentera untuk merampas kuasa daripada aristokrat lama
untuk melaksanakan agenda baru Melayu.
Plot
menumbangkan Tunku
Beliau
berpendapat, rusuhan itu adalah perbuatan 'samseng Melayu' yang disokong oleh
ahli-ahli politik di belakang rancangan rampasan kuasa tersebut.
Sebagai
contohnya, kata beliau, "sekumpulan samseng tiba-tiba muncul dari semua
penjuru" pada 13 Mei untuk berkumpul di kediaman Datuk Harun dan
tindak-tanduk polis dan tentera yang boleh dipersoalkan yang hanya berdiri dan
memerhatikan sahaja apa yang sedang berlaku.
Tambahnya,
dokumen-dokumen itu juga menunjukkan, kurang daripada seminggu selepas rusuhan
tersebut, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, yang
mempengerusikan Majlis Operasi Negara, diberikuasa penuh untuk mentadbir negara
satu petanda wujudnya komplot mengenainya.
Manakala
perbincangan mengenai perancangan masa depan telahpun dijalankan sebelumnya,
termasuk Dasar Kebudayaan Negara (diumumkan pada 1971).
Satu
dokumen rahsia dari pejabat kabinet Britain yang dimuat dalam buku tersebut,
menunjukkan, tidak sampai seminggu selepas rusuhan itu berlaku, Agensi
Perisikan Pusat (CIA) dapat mengesan apa yang sedang dirancang oleh Tun Razak
'untuk memperkukuhkan ketuanan Melayu, meminggirkan kaum Cina dan mengenepikan
Tunku'.
Dr Kua
turut mempersoalkan peranan anggota pasukan keselamatan dalam peristiwa
berdarah 13 Mei itu.
"Malah,
ketika itu, kalangan diplomatik (juga bertanya-tanya) mengapakah, pada hari
rusuhan itu berlaku, Razak bertemu dengan pegawai tertinggi polis dan tentera,
tetapi mereka tidak berbuat apa-apa," katanya.
Lebih
menarik lagi, kata Dr Kua, pasukan keselamatan Malaysia adalah sebuah pasukan
yang berpengalaman luas sewaktu melancarkan peperangan terhadap pengganas
komunis antara tahun 1948 dan 1960 dan bereputasi tinggi.
"Merekalah
yang berjaya menghapuskan penentangan komunis yang membabitkan operasi yang
lebih sukar daripada mengawal rusuhan, tetapi mereka tidak dapat mengawal
(rusuhan) pada 1969 selama berhari-hari, berminggu-minggu," soalnya.
Ekoran
itu, Dr Kua membuat kesimpulan: "Peristiwa 13 Mei adalah satu helah untuk merampas
kuasasaya bukanlah orang pertama yang berkata bahawa ia adalah satu rampasan
kuasa, tetapi saya menyediakan dokumen yang menunjukkan bahawa ia adalah satu
rampasan kuasa."
Jumlah
korban tidak diketahui
Dokumen
yang telah dideklafisikasikan itu termasuk laporan-laporan yang dibuat oleh
wartawan asing yang berada di Kuala Lumpur pada masa itu, laporan kakitangan
Pesuruhjaya Tinggi British yang memantau insiden tersebut dan pelbagai lagi
laporan sulit dari kalangan diplomat.
Ini
dianggap pertamakalinya satu catatan lengkap mengenai tragedi tersebut akan
dapat ditatapi rakyat Malaysia, kerana banyak laporan wartawan asing telah
diharamkan di samping tiada akses terhadap dokumen tempatan.
Bagaimanapun,
apa yang tidak dapat dipastikan dalam buku tersebut adalah satu lagi rahsia,
iaitu jumlah sebenar korban tragedi tersebut.
Angka
rasmi korban rusuhan 13 Mei adalah 196 orang, 180 cedera akibat senjatapi dan
259 lagi cedera kerana senjata lain, 9,143 orang ditangkap dan 5,561
daripadanya didakwa di mahkamah, 6,000 kehilangan tempat tinggal, dan
sekurang-kurangnya 211 kenderaan dan 753 bangunan telah musnah atau mengalami
kerosakan.
Dokumen
yang telah dideklasifikasikan dan dokumen antarabangsa yang lain pada masa itu
menganggarkan jumlah korban yang lebih tinggi tetapi angka sebenarnya tidak
diketahui, tetapi majoriti korban tersebut dikatakan dari kalangan orang Cina.
Dr Kua
berkata, beliau berharap dapat memecahkan mitos tersebut melalui penerbitan
bukunya.
"Iaitu
rusuhan kaum akan berlaku bila orang Melayu tidak merasa senang, itulah
sebabkan mengapa kita perlukan Dasar Ekonomi Baru, polisi tindakan afirmatif
dan yang lain-lainnya, jika tidak orang Melayu tidak merasa senang dan rusuhan
akan tercetus.
"Ini
adalah mitos pertama yang kita perlu uraikan kerana dokumen-dokumen menunjukkan
sesetengah mereka yang mencetuskannya (tragedi 13 Mei) bersubahat dengan pihak
polis dan tentera," katanya.
Mitos
kedua, kata Dr Kua, ahli akademik dan ahli teori majmuk yang memegang pandangan
bahawa rusuhan akan berlaku secara semulajadi dalam negara yang rakyatnya
terdiri dari berbilang kaum.
Sebaliknya,
kata beliau, orang Melayu, Cina dan India tidak secara tiba-tiba mengambil
keputusan untuk bergaduh sesame mereka.
"Ia
tidak berlaku macam itu," tambahnya.
Ditanya
sama ada beliau bimbang pihak berkuasa akan bertindak mengharamkan bukunya itu
sepertimana yang berlaku kepada buku mengenai pergaduhan di Kampung Medan, Dr
Kua berkata: "Dalam zaman internet, apa maknanya apabila sesebuah buku itu
diharamkan? Kita boleh siarkannya di laman web, anda boleh buat apa saja".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan